4 bintang ‘tercorot’, kini masyhur

PENOLAKAN dan kegagalan memang sesuatu yang menyakitkan. 

Namun, perkara tersebut mengajar dua hal penting, iaitu menguji kegigihan seseorang dalam mengejar mimpi dan menyedarkan bahawa yang dikejar sebenarnya bukan ditakdirkan untuknya.

Dengan sudut pandang sebegini, kegagalan akan dilihat sebagai hal yang lumrah dialami dan boleh diambil sebagai pengajaran. 

Perkara sama juga turut dialami deretan idola K-pop ternama yang banyak berdepan kegagalan, namun memilih untuk tidak putus asa.

Kimchi Panas minggu ini menampilkan beberapa selebriti K-pop yang sering ditolak agensi, namun mereka membuktikan diri tetap mampu sukses dengan cara lain. 

Park Bo-gum

Aktor dan penyanyi, Park Bo-gum adalah contoh tepat individu yang menempuhi banyak kegagalan, namun tidak berputus asa.

Sebelum dikenal sebagai aktor terkenal seperti sekarang, dia dahulunya sempat bercita-cita untuk menjadi idola.

Jejaka berusia 31 tahun itu pernah mengirim video ujibakat kepada YG Entertainment dan berharap boleh bergabung dengan agensi yang terkenal ‘swag’ itu. 

Malangnya, videonya tidak terpilih, sekali gus gagal untuk melanjutkan ujibakat ke tahap berikutnya. 

Terus berjuang, Bo-gum pun mencuba membelokkan langkah awalnya dalam dunia hiburan dengan debut sebagai aktor pada 2014.

Korea Naeil’s Cantaibile dan Wonderful Days menjadi dua judul drama yang mula melambungkan namanya dalam arena seni Korea Selatan.

Rain

Setiap orang memang punya jalan masing-masing untuk meraih kesuksesan. Sama halnya seperti Rain, salah satu artis yang mempunyai karier panjang dan konsisten dalam dunia hiburan.

Rain menjadi bintang yang bersinar di kancah nyanyian dan lakonan seiring bakat luar biasa yang dimiliki.

Pun begitu, siapa sangka jejaka berbakat besar itu pernah ditolak beberapa agensi sebelum ini. Namun dia tidak berputus asa dan terus berusaha sehingga bakatnya dipandang khalayak.

Kini, Rain merupakan antara selebriti terkaya dan terkenal di Korea Selatan dengan deretan album malah menghasilkan lagu hits kepada beberapa penyanyi lain.

Chungha

Siapa tidak kenal Chungha yang hadir dengan pakej lengkap sebagai penyanyi berkualiti seiring raut wajah jelita. 

Boleh dikatakan karier idola berusia 28 tahun itu cukup kompleks, namun sepertinya dia tidak pernah mengenal erti lelah.

Terdahulunya, di awal permulaan karier, dia pernah mengikuti ujibakat di YG Entertainment, namun tuah tidak berpihak kepadanya dan berakhir kecewa selepas tidak dipilih.

Terus mengorak langkah, dia menyertai pertandingan Produce 101 dan sukses debut bersama kumpulan I.O.I. 

Selepas projek kumpulannya, kariernya tetap sama, sendu dan tidak dikenali. Dia kemudiannya mengambil keputusan untuk bergerak solo.

Keputusan dibuat tepat, kariernya kemudian memuncak dan telah mencetak sederet single dan berkolaborasi dengan beberapa nama besar seperti Rich Brian.

Crush

Penyanyi Crush juga tidak ketinggalan dalam senarai Kimchi Panas minggu ini. Membawa genre muzik RnB seiring vokal uniknya, idola berusia 32 tahun itu cukup terkenal di Korea Selatan.

Namun di sebalik semua kejayaan itu, Crush sebelum ini pernah gagal ketika ujibakat di YG Entertainment. Entah di mana kurangnya meskipun secara genre musik dan karakter, dia sangat sesuai berada di bawah agensi tersebut.

Enggan bakatnya disia-siakan begitu sahaja, dia berusaha sedaya upaya untuk menapak dalam industri hiburan akhirnya berjaya dikenali ramai hasil kegigihannya dalam bermuzik. 

Dia telah menghasilkan deretan single hits dan menjadi  rebutan ramai artis papan atas untuk berkolaborasi. 

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok