SEAKAN-AKAN membawa pendengar melalui era 1980-an bersama suntikan segar, lagu Kupu-Kupu dendangan penyanyi Indonesia Tiara Andini boleh diibaratkan sebagai bahasa cinta yang sarat energi.
Biar dilahirkan sebagai ‘Gen Z’, kemeriahan muzik yang diacu tarian rancak dulu-dulu menerusi Kupu-Kupu mencetuskan suatu bunyi segar, sekali gus menghadirkan kelainan berbanding single terdahulu.
Saat pertama kali mendengar lagu ini, saya langsung jatuh cinta, kerana nada-nadanya sangat nyaman didengar.
“Iramanya juga rancak, apatah lagi dicipta Laleilmanino, komposer yang saya sangat suka bekerjasama,” ujarnya.

LAGU baharu Tiara, Kupu-Kupu bercerita tentang dua insan yang saling menyukai, namun tidak berani meluahkan cinta.
Menurutnya, Kupu-Kupu menceritakan dua insan yang sama-sama saling menyukai, namun tidak berani meluahkan perasaan cinta.
Tahu kan? Kalau sedang suka, biasanya jadi sedikit takut untuk mengungkapkan perasaan.
“Ini terjadi pada kedua-dua orang dalam kisah ini, padahal saling suka. Lebih kurang begitulah cerita lagunya,” ujar penyanyi dan pelakon itu.
Sebelum itu, peminat bakat yang digilap daripada pertandingan Indonesia Idol itu terlebih dahulu diberikan bayangan menjelang pelancaran lagu tersebut.
Semuanya bermula saat dia mengganti Spotify Canvas ke-11 lagu-lagunya dengan tema kupu-kupu sebelum mengirimkan pesanan menggunakan hidupan comel itu kepada penggemarnya lewat Instagram.
Kini, peminat tegar Tiara yang menggelarkan diri mereka Mootiara teruja mengikuti petunjuk mengenai detik pelancaran karyanya.
Bersama melodi rancak, ritma ceria yang membuatkan tubuh bergoyang dipadankan dengan tarian energetik seperti ditonjolkan menerusi video muzik Kupu-kupu.

MENCANTIKKAN kemunculan Kupu-Kupu, Tiara Andini turut mengundang pelawak Dede Sunandar dalam penceritaan video muzik lagu berkenaan.
Istimewanya, Tiara turut mengundang pelawak popular, Dede Sunandar sebagai pelengkap cerita dalam klip hasil idea Michael Budihardjo selaku sutradara.
Sarat warna-warni, latar belakangnya juga diolah ceria begitu juga dengan tata busana digayakan Tiara bersama empat penari latar.
Saya menyukai konsep video muziknya. Saya harap lagu ini menjadi tular, didengarkan ramai orang dan dapat menjadi sesuatu yang segar buat dinikmati baik buat Mootiara serta penikmat muzik serantau,” kongsinya.-HIBGLAM