676
LAIN yang ditunjuk, lain pula yang dilihat orang ramai sampai cetus salah faham.
Situasi itu dilalui pelakon Fezrul Khan yang berkongsi konten berkenaan haji iaitu cara memakai ihram bagi jemaah lelaki.
Dalam perkongsian Instagramnya, aktor berusia 41 tahun itu menunjukkan cara-cara pemakaian ihram mengikut langkah turutan.
Ramai memuji perkongsian tersebut, namun ada yang mengecam dengan mendakwa lebih kepada sesi tayang tubuh kekarnya.
Dalam sesi perkongsian itu dapat dilihat Fezrul mendedahkan bahagian pusat hingga ke dada ketika memakai ihram.
Penggunaan latar belakang Kaabah juga disifatkan kurang sesuai kerana seakan-akan mahu mempersendakan agama.