Tak tahan dikecam, Wonhee padam komen

TINDAKAN anggota kumpulan Illit, Wonhee memadam komen negatif semasa bersiaran langsung dalam platform media sosial mengundang pelbagai reaksi netizen.

Dalam video tersebut, dapat dilihat idola berusia 16 tahun itu begitu khusyuk memadam komen negatif sehingga tidak menyedari gelagatnya diperhatikan netizen.

Idola jelita itu juga mengabaikan perbualan bersama rakan anggota kerana fokus memadam komen negatif tersebut.

Sebelum ini, kumpulan tersebut hebat dikritik berikutan konflik yang berlaku antara mereka dan NewJeans.

Menurut netizen, Illit cuba meniru NewJeans sejak mula debut selain sering dihambur caci maki kerana tiada identiti.

Enggan keadaan menjadi lebih teruk, agensi Illit memohon orang ramai tidak menyerang kumpulan berkenaan memandangkan mereka hanya menjalankan tugas sebagai penghibur. -HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok