TERLALU fokus bekerja dan mengejar cita-cita sebagai penyanyi terkenal yang juga bekas anggota kumpulan Sistar, Soyou mengakui berdepan serangan panik dan keresahan secara teruk.
Ujar wanita berusia 32 tahun itu, selain bergantung terhadap ubat-ubatan, mujurlah kini dia dapat mengawal serangan tersebut dengan meluangkan masa bersama orang tersayang dan melakukan aktiviti menyeronokkan dirinya.
Saya mengalami serangan panik yang sangat teruk. Paling teruk ketika sedang mempromosikan single terbaharu saya berjudul Lean On Me.
“Saya hampir tidak ingat apa-apa malah semuanya kabur kerana saya sangat bergantung dengan ubat.
Kini, saya mengelakkan diri daripada stres memikirkan kerja. Saya akan pergi melancong sekurang-kurangnya sekali setahun.
“Apabila saya mengembara, saya melepaskan semua kebimbangan saya dan hanya menikmati diri saya sendiri,” jelasnya. HIBGLAM