Song Joong-ki elak pandang bekas isteri

SEJAK bercerai lima tahun lalu, pelakon Song Joong-ki dan Song Hye-kyo membawa haluan masing-masing. 

Pun begitu, Anugerah Baeksang 2024 yang berlangsung pada 7 Mei lalu menjadi detik bersejarah apabila mereka hadir pada acara berprestij berkenaan.

Aktres berusia 43 tahun itu tampil sebagai penyampai anugerah, manakala Joong-ki tercalon menerusi kategori Pelakon Pembantu Terbaik menerusi filem Hopeless.

Apa yang menjadi perhatian adalah aktor berusia 39 tahun itu dilihat mengelak daripada memandang bekas isterinya itu ketika wanita terbabit muncul di atas pentas bagi menyampaikan anugerah.

Wajah aktor itu juga dilihat serius dan tidak membuat sebarang ekspresi sepanjang Hye-kyo menjalankan tugasnya. 

Peminat kedua-dua pelakon itu meluahkan rasa kecewa kerana impian melihat mereka berinteraksi tidak kesampaian.

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok