276
BAGI menjaga keselamatan dan privasi, model Han Hye-jin merayu orang ramai agar tidak mengunjungi kediaman peribadinya.
Perkara itu disuarakannya selepas sebuah kenderaan tidak dikenali berada di halaman vilanya di Hongcheon.
“Tolong jangan datang ke sini. Plat kereta juga dirakam televisyen litar tertutup (CCTV). Saya minta tolong sangat kerana ini sangat menakutkan,” katanya menerusi hantaran di Instagram.
Sebelum ini, wanita berusia 41 tahun itu pernah berdepan situasi serupa apabila sepasang suami isteri merakam gambar halaman rumahnya.
Dia memaklumkan, pasangan itu menemui kediamannya semasa menonton YouTube. – HIBGLAM