PELAKON Mia Ahmad yang juga isteri kepada penjaga gol Johor Darul Takzim, Izham Tarmizi selamat melahirkan anak keempat mereka yang merupakan bayi lelaki pada petang Isnin lalu.
Berita gembira itu dikongsikan Izham menerusi Instagram berserta ucapan terima kasih kepada orang ramai yang mendoakan kesejahteraan mereka sekeluarga.
Syukur alhamdulillah. Isteri saya selamat melahirkan anak keempat pada pada pukul 5.30 petang, semalam (kelmarin).
“Terima kasih yang mendoakan. Semoga semuanya dipermudahkan segala urusan,” katanya.
Selain peminat, beberapa barisan pemain bola sepak lain seperti penjaga gol Perak FC, Haziq Nadzli; Penjaga gol Selangor FC, Samuel Somerville dan pemain tengah Sabah FC, Irfan Fazail turut menitipkan ucapan tahniah kepada pasangan itu.
Untuk rekod Mia dan Izham mendirikan rumah tangga pada 13 Januari 2017 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Sayf Issa, Iriss dan Imaani. – HIBGLAM