INI adalah persembahan terakhir yang saya terima sebagai Loca B.”
DEMIKIAN kata penyanyi Loca B yang nekad menoktahkan karier kerana merasakan dirinya dimanipulasi sepanjang bergelar anak seni.
Loca atau nama sebenarnya Nabilah Hani Azali,32, berkata minatnya terhadap dunia seni hiburan sudah pudar dan mahu memberi tumpuan sepenuhnya terhadap keluarga.
Saya tidak lagi berminat untuk berada dalam industri hiburan Malaysia.
“Saya sangat suka menjadi seorang ibu dan isteri selain mahu memberi sepenuh fokus kepada kehidupan anak-anak,”katanya menerusi kenyataan dalam Instagramnya, hari ini.
Dalam pada itu, isteri kepada penyanyi rap Tuju itu menyifatkan dunia hiburan penuh dengan kepalsuan dan banyak menggunakan agama untuk menyembunyikan kebenaran.
Kepalsuan, tikam belakang dan manipulasi ini tidak berbaloi.
“Tidak hormat kepada rumah tangga. Orang secara terbuka tidak hormat kepada pasangan masing-masing di mana sahaja mereka pergi.
Kebanyakan orang menggunakan agama untuk menyembunyikan kebenaran,” jelasnya.
Tambah Loca B, dia ingin mencuba sehabis baik untuk menjadi contoh kepada anak-anaknya.
Saya mahu ajar anak perkara yang saya tidak belajar semasa kecil. Saya mahu menjadi contoh kepada mereka tentang perhubungan sihat.
“Saya mahu rumah tangga yang indah, tiada hasutan orang luar,” luahnya lagi.
Pada masa sama, dia juga menginginkan sesuatu yang mencabar diriya selain mahu anak-anaknya memahami agama dengan lebih mendalam.
Saya juga mahu anak-anak faham secara mendalam tentang agama serta cara untuk menjadi manusia yang jujur.
“Saya mahu sesuatu yang mencabar otak, mewahkan diri dengan ilmu ,” ujarnya lagi.
Loca turut menyatakan apa yang berlaku di Palestin membuka matanya untuk mengambil keputusan bersara.
Sejujurnya, isu di Palestin yang membuka mata saya. Terima kasih kepada semua yang menyokong sepanjang karier saya,” jelasnya.
Terdahulu, Loca mendirikan rumah tangga dengan ahli kumpulan K-Clique, Tuju atau nama sebenarnya, Muhd. Azree Shah Awang Zamreepada Mac 2020 dan dikurniakan dua cahaya mata. – HIBGLAM