230
BEKAS anggota kumpulan Wassup, Jinju mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga pertengahan tahun ini.
Khabar gembira tersebut dimaklumkan pemilik nama lengkap Park Jin-ju itu dalam hantaran Instagram sempena hari lahirnya pada 28 April lalu.
Saya menulis mesej ini selepas lama tidak berkongsi berita gembira. Saya bertemu seorang jejaka yang sangat istimewa dan kami akan berkahwin pada Jun ini.
“Selepas ini, saya akan berusaha mencipta hari-hari yang lebih bahagia bersama pasangan seumur hidup saya,” ujarnya. – HIBGLAM