Hawra Uqaira nama puteri sulung Uqasha, Kamal

GENAP tiga minggu menimang cahaya mata sulung, pasangan romantik, Kamal Adli dan Uqasha Senrose memperkenalkan bayi mereka sebagai Hawra Uqaira.

Kamal mendedahkan nama Hawra dipilih kerana membawa erti cantik, putih dan bersih manakala Uqasha pula memilih Uqaira.

Nama Hawra itu saya yang pilih, Uqasha ambil Uqaira, kita ambil seorang satu.

“Adil, tak payah berebut-rebut. Hawra maksudnya putih, bersih, cantik,” katanya dalam sebuah program televisyen.

Uqasha atau Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 31, memaklumkan, Uqaira pula membawa erti kebahagiaan, rezeki tanpa kepayahan, selain harum dan wangi.

Uqaira maksudnya kebahagiaan, rezeki tanpa kepayahan, harum dan wangi,” kata pelakon itu.

Dalam program sama, Kamal menyatakan mereka sepakat tidak meletakkan nama yang panjang untuk si kecil.

“Nama Uqaira sudah diumumkan terlebih dahulu, maka habis semua panggil Uqaira, dah tertinggal Hawra.

Nama tak boleh panjang sangat. Nanti di sekolah, panjang sangat nak tulis nama dia,” katanya.

Tidak ketinggalan berkongsi momen berada dalam bilik bersalin pada 27 April lalu, Kamal mengakui teruja mengalunkan azan di telinga kanan permata hati mereka itu sebaik dilahirkan.

Pasangan selebriti terbabit mendirikan rumah tangga di Janda Baik, Pahang pada pada 5 November 2021.

Sebelum ini, Uqasha pernah mendedahkan mengalami keguguran sebanyak dua kali.

Kali pertama Uqasha kehilangan kandungan ketika mengerjakan umrah selepas beberapa bulan berkahwin disusuli insiden kedua pada November 2022. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok