Dibuli, baju sekolah Lee Joon penuh darah

PENYANYI Lee Joon mendedahkan pernah dibuli di bangku sekolah hingga bergelar mahasiswa.

Lebih mengejutkan, pembuli sanggup melakukan kekerasan fizikal sehingga menjejaskan pergerakan bekas ahli kumpulan MBLAQ itu.

“Saya sering dibuli dan dipukul. Malah, perkara tersebut sangat teruk sehingga saya susah nak berjalan dan membuatkan emak kerap menangis.

Pakaian sekolah saya selalu dipenuhi kesan darah dan sukar untuk dibersihkan. Jadi, saya kena koyakkan dengan menggunakan gunting.

“Pembuli-pembuli terbabit pernah suruh saya buli pelajar lain, tetapi saya tak pernah turuti arahan mereka,” kongsinya dalam rancangan realiti Point Of Omniscent Interference.

Selepas bergelar artis, pembuli bertindak melarikan diri daripada pelakon drama The Escape Of The Seven itu apabila bertembung.

Selepas bergelar selebriti semuanya berubah. Saya ada menghadiri majlis perkahwinan dan terserempak dengan pembuli-pembuli itu.

“Sejurus nampak saya, mereka terus cabut lari,” ujarnya.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok