1.3K
APA sahaja fesyen digayakan Fazura atau dilancarkan pasti mengundang perhatian ramai.
Kalau bukan fesyen baju, pasti gaya tudungnya akan menjadi ikutan dan itu terbukti selepas Fazura menjadi stylist hijab dalam sebuah acara rumah terbuka baru-baru ini.
Semuanya bermula apabila dia menunjukkan tutorial gaya tudung yang dipakainya kepada pelakon senior Liza Abdullah.
Memang cantik dan kemas!
Siapa sangka, video tersebut meraih lebih 900,000 ribu tontonan dalam TikTok.
“Boleh cuba gaya ini, harapnya menjadi persis Fazura.
“Fazura pakai elok saja, risau kalau buat gaya begini jadi macam baby pakai napkin pada leher!” seloroh netizen. – HIBGLAM