ALLAH, minta lindungilah anak aku ini.”
Demikian luahan pelakon Norreen Iman yang luluh hati melihat anak perempuannya cedera di kaki akibat dibuli sehingga trauma ke sekolah.
Ujar Norreen atau nama lengkapnya Norreen Iman Abdullah, 30, kejadian itu bukan pertama kali berlaku bahkan terbaharu anak sulungnya itu turut deman serta muntah.
“Berkali-kali dah kena sepak, kena tolak, ini kaki dah luka. Sampai dia cakap tak selesa makan kat sekolah. Agaknya rasa sakit sangat sampai muntah.
Okey, tak apalah sabar. Kaki luka, balik rumah badan terus ‘dedor’ (panas). Siapa yang tak naik angin? Dahlah anak aku jenis ‘happy go lucky’.
“Kalau aku tak cakap dan beritahu itu buli, dia takkan faham,” katanya dalam laman sosial.
Menurut ibu kepada dua cahaya mata itu, sebelum ini dia pernah bertemu guru disiplin bagi menyelesaikan masalah tersebut.
Meski panas hati, Norreen selesa mematuhi peraturan dan tidak membuat pertimbangan sendiri namun masalah sama berulang lagi ketika dia mengerjakan umrah.
Bukan tak pernah datang sekolah. Aku datang. Cuma aku ikut law (peraturan). Biar cikgu disiplin selesaikan.
“Pergi umrah, anak aku kena lagi sampai dia menangis. Adik ipar cuba cari, budaknya tak ada,” ujarnya.
Pada masa sama dia berharap ibu bapa memantau keadaan anak-anak di sekolah dengan kerap bertanya kepada mereka.
Aku harap kalian pantau anak di sekolah. Apa anak kalian buat. Minta ‘update’ daripada cikgu. Harap cikgu pun bagi kerjasama. Kalau murid complain, itu bukan perkara boleh dianggap ‘ala biasalah budak-budak’.
“Harap kita sebagai ibu bapa dapat makluman terkini semua perkara di sekolah. Buka harapkan anak beritahu sahaja,” katanya.
Pelakon drama Pelindung Seorang Puteri itu turut memaklumkan isu buli membabitkan anaknya sudah selesai secara baik menerusi perbincangan bersama pengetua, guru serta pihak berkaitan.
Bahkan pelajar lelaki yang mencederakan anaknya juga sudah mengakui perbuatannya. – HIBGLAM