546
MEMASUKI usia 50 tahun, pelakon Uhm Ki-joon akhirnya memutuskan untuk menamatkan zaman bujang.
Berita gembira tersebut diumumkan agensinya, Your Entertainment tanpa mendedahkan perincian mengenai wanita pilihan bintang drama The Penthouse itu.
“Uhm Ki-joon akan berkahwin pada Disember. Pasangannya orang biasa sahaja, bukan selebriti.
“Mereka bukan berkahwin kerana pasangannya mengandung. Dia tidak hamil sebelum bernikah,” kata wakil agensinya.
Ki-joon yang tidak pernah berkahwin selama ini juga sangat menjaga privasi calon isterinya. Dia sendiri belum mendedahkan hubungan mereka kepada orang ramai. – HIBGLAM