‘Captain Smith’ Titanic meninggal dunia

AKTOR  yang terkenal dengan watak Captain Smith menerusi filem Titanic, Bernard Hill meninggal dunia pada usia 79 tahun.

Lapor Entertainment Tonight, agensi pengurusannya, Lou Coulson memaklumkan Hill meninggal dunia disamping tunangnya, Alison dan anak, Gabriel sekitar pagi Ahad waktu tempatan.

Namun pihak pengurusan sehingga kini tidak berkongsi punca kematian pelakon berkenaan.

Hill yang dilahirkan di Manchester, England itu memulakan kerjayanya lakonanya sekitar 1970.

Selain Titanic, mendiang juga dikenali menerusi watak raja Theoden dalam filem Lord of The Rings (LOTR).

Rakan artis, antaranya para pelakon LOTR muncul memberi penghormatan buat pelakon tersebut di media sosial.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok