[VIDEO] ‘Saya kekasih Aliff Aziz, ada bukti dia curang dengan Ruhainies’

ENGGAN menceraikan isteri dengan alasan masih sayang, hakikatnya penyanyi Aliff Aziz sudah mempunyai kekasih sejak Januari 2024.

Hubungan mereka disahkan sendiri individu bernama Sarah Yasmine yang mengakui dia dan suami kepada Bella Astillah menjalin cinta sebelum insiden pelakon terbabit ditangkap khalwat dengan pelakon Ruhainies.

Saya kekasih Aliff Aziz sejak Januari 2024.

“Apa yang berlaku sememangnya salah, namun tidak wajar kesalahan diletakkan sepenuhnya kepada Aliff seorang sahaja,” itu pendedahan dibuat dalam Instagram, malam tadi.

Pengakuan terbuka yang turut diselitkan video bapa kepada dua cahaya mata itu mengucup pipi Sarah membuka episod baru kecurangan lelaki terbabit.

Menerusi perkongsian berkenaan, wanita dipercayai dari Singapura itu turut mendakwa Aliff juga bercinta dengan Ruhainies pada waktu sama selain dia dipergunakan wanita tersebut.

Tambah Sarah, individu yang ditahan berkhalwat dengan kekasihnya wajar sama-sama dipersalahkan serta perlu memikul tanggungjawab serupa.

Dibenci dan dikeji? Sebab perempuan? Ye, perempuan yang mempergunakan dia (Aliff) selayaknya dipersalahkan sama. Siapa yang kena tangkap? Dah tahukan,” ujarnya berbaur sindiran.

Sarah turut berkongsi kronologi hubungannya dengan Aliff selain mendakwa aktor terbabit ‘curang’ apabila menjalin hubungan dengan Ruhainies.

Malah, dia turut mendedahkan mempunyai bukti tangkap layar perbualan Aliff dengan Ruhianies dalam aplikasi WhatsApp yang menunjukkan mereka sedang bercinta.

Saya membaca perbualan Aliff dengan NRF (Ruhainies). Alangkah terkejutnya saya melihat rancangan NRF untuk membolak-balikkan hati Aliff terhadap Bella.

“Rupanya apa yang Aliff lakukan adalah untuk ‘protect’ ZRF dan semua yang Aliff lakukan adalah atas suruhan NRF (macam Aliff kena brainwash).

Setiap perbualan mereka ada ‘love’, sayang, rindu, segalanya. Hancur hati saya melihat perbualan itu dan perancangan jahat NRF untuk menjatuhkan Bella dan mempengaruhi Aliff berbuat sesuatu tidak sepatutnya,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sarah Yasmine (@sarahyasminekh)

Dalam masa sama, Sarah mengakui isteri Aliff, Bella mengetahui tentang kewujudannya dalam rumah tangga pasangan terbabit.

Menerusi hantaran sama, Sarah berkongsi video mesra dirinya dengan Aliff yang memaparkan aksi memeluk lengan serta mencium pipi.

Sementara itu, pendedahan wanita itu menarik perhatian netizen apabila meninggalkan lebih 2,000 komen pada hantaran berkenaan.

Antaranya ialah “penyondol disondol penyondol, lalu penyondol terasa sakit hati disondol oleh penyondol dan penyondol memuat naik ‘statement’ penyondol”.

“Tak faham betul. Bella yang memegang status isteri. Yang perempuan ni, terpaling jadi bini ka?” tulis seorang pemilik akaun lain.

Kontroversi rumah tangga Aliff dan Bella tercetus lagi selepas lelaki itu ditangkap khalwat dengan Ruhainies di sebuah kondominium mewah Mac lalu.

Selepas kerap menjadi mangsa curang dan mendakwa Aliff melakukannya sebanyak 11 kali, Bella memfailkan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 11 Mac lalu. – HIBGLAM

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HIBGLAM (@hibglam.com.my)

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok