KAKAK kepada pelakon Emma dan Chacha Maembong, Coddy tampil mempertahankan adik-beradiknya yang terkena tempias dalam isu hangat membabitkan Aliff Aziz, Bella Astillah dan Ruhainies.
Katanya, sudah menjadi perkara biasa sesuatu isu panas selebriti menjadi perbualan ramai tanpa sebarang niat memburukkan keadaan seperti dibualkan saudara terdekatnya.
“Aku cakap dengan Chacha dan Emma semalam, aku kata kau tak buat salah apa-apa.
Tetapi aku tak tahu tiba-tiba nama kau dipetik dan aku tak tahu kenapa nama kau dipetik.
“Kau sendiri pun tak pernah berkawan dengan Ruhainies, tak pernah berhubung dan malam tadi sahaja kau WhatsApp dia, itu pun sebab kes ini berlaku dan nama kau dipetik,” katanya dalam perkongsian dalam TikTok.
Menurut wanita itu, mereka hanya berbual biasa tentang Bella dan suaminya, Aliff.
Kami ada bukti, masa kami sampai sana (majlis) Chacha hanya cakap ‘hai’.
“Kemudian kami pun ada terdengar kes Aliff dan Bella, kami tak lari juga daripada bersembang tentang perkara itu.
Macam kalian juga yang bersembang isu tersebut, takkan kami tak boleh nak bercerita sebab benda isu panas,” luahnya lagi.
Dalam pada itu, Coddy menasihati Chacha untuk mengambil tindakan undang-undang andai kes terbabit tidak diselesaikan.
Aku cakap dengan Chacha, yang teruk menjadi lebih teruk. Kalau kena pertahankan diri buatlah macam mana pun, kalau kau kena pergi mahkamah pergi sahaja.
“Kalau pergi buat laporan polis pun pergi sahaja. Kau kena betulkan balik nama kau,” ujarnya.
Sebelum ini, Emma dan Chacha membalas kenyataan berhubung isu Ruhainies yang memetik nama mereka menerusi perbualan dengan Aliff menerusi WhatsApp seperti didedahkan kekasih Aliff, Sarah Yasmine.
Enggan mengeruhkan isu dirinya yang didakwa memburukkan isteri Aliff iaitu Bella Astillah, Emma tampil memuat naik video penjelasan menerusi Instagram bagi membersihkan namanya daripada menjadi sasaran netizen.
Mengakui ada menghubungi Ruhainies bagi mendapatkan kepastian mengenai khabar angin membabitkan Bella dalam kalangan kru belakang tabir, Emma bagaimanapun mengaku tersilap langkah.
Chacha pula memohon Ruhainies membersihkan namanya yang tidak pernah mengutuk Bella, selain menegaskan perkara tersebar itu adalah fitnah. – HIBGLAM