PENYANYI Nabila Razali sekali lagi mencuri tumpuan apabila tampil menjadi penterjemah lagu raya miliknya iaitu Raya Mana ke dalam bahasa isyarat.
Menerusi video yang dimuat naik dalam Instagram, Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd. Razali, 32, mengakui menjadikan YouTube sebagai platform untuk mempelajari bahasa isyarat.
Saya belajar melalui YouTube sahaja. Kalau salah, kalian betulkan okey,” katanya dalam ruangan kapsyen.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memuji usahanya menterjemah lagu tersebut menerusi bahasa isyarat.
Inisiatif Nabila turut mencuri perhatian golongan Orang Kelainan Upaya (OKU).
Sudahlah cantik, pandai bahasa isyarat pula.Terima kasih Nabila sebab terjemahkan lagu ini untuk golongan OKU,” puji netizen.
Sehingga hari ini, muzik video rasmi Raya Mana yang dilancarkan bulan lalu mencecah 6 juta tontonan dalam YouTube. – HIBGLAM