PENYANYI Zahid meluahkan rasa kesal apabila wang milik isterinya, Nurul Syuhada berjumlah RM4,250 lesap dari akaun e-wallet.
Zahid atau nama penuhnya Ahmad Zahid Baharudin,44, berkata, kejadian itu memberi kesan terhadap persediaan keluarga menjelang hari raya tidak lama lagi.
Katanya, insiden yang berlaku dua hari lalu disedari ketika Syuhada menghubungkan akaun bank melalui aplikasi Touch ‘n Go eWallet.
Apabila bangun tidur saya lihat isteri menangis. Dia beritahu duit dalam akaun banknya hilang. Perkara ini disedari pada awal pagi Ahad.
“Memang kerja musibat ini, tahu hari gaji,. Mahukan kerja senang, duduk depan komputer dengan rembat duit orang, memang habislah gaji isteri saya, sebulan kumpul untuk raya.
“Nasihat saya, jangan hubungkan akaun bank dengan Touch ‘n Go eWallet kerana kes ini banyak kali terjadi,” katanya dalam hantaran Instagram.
Susulan kejadian itu, bekas penyampai radio berkenaan membuat laporan polis.
Dalam pada itu, menerusi akaun InstaStory Shuhada, wanita terbabit turut meluahkan rasa kecewa terhadap netizen yang berkata duit berkenaan rezeki penggodam tersebut.
“Keseluruhan jumlah RM40 atau ratus boleh pejam mata lagi, ini mencecah ribu ringgit iaitu sebanyak RM4,250.
Licin habis akaun. Aku ada komitmen bayar rumah, kereta, keluarga di kampung, minyak, tol, sekarang siapa nak tanggung?” kongsi Syuhada.
Dia juga berkongsi tentang penggodam yang mengambil duit dalam akaun e-wallet tanpa disedarinya bermula Jumaat lalu. – HIBGLAM