DIHIMPIT kontroversi tidak berkesudahan, nama Aliff Aziz menjadi topik perbualan hangat sehingga ada yang meminta pihak kerajaan dan stesen televisyen menyenaraihitamkan pelakon sensasi itu muncul dalam mana-mana drama mahupun filem.
Perkara itu antara yang disuarakan pengguna aplikasi X kerana tidak mahu Aliff memberi impak negatif terhadap mana-mana naskhah lakonannya.
Bukan itu sahaja, ramai netizen yang sudah mula muak dengan kisah kecurangannya mahu dia diharamkan daripada berlakon dengan rumah produksi Malaysia.
Tolonglah ambil tindakan terhadap Aliff. Gam supaya dapat beri pengajaran.
“Menyesal minat Aliff dulu. Muak dengan cerita curang tak habis-habis.
Terlalu banyak cerita negatif tentangnya, boleh tak ‘cancel’ (boikot) sahaja dia dari industri,” komen netizen.
Pada Isnin lalu, pengguna media sosial sekali lagi dikejutkan dengan pendedahan seorang wanita warganegara Singapura iaitu Sarah yang mendakwa dirinya sebagai ‘kekasih gelap’ Aliff sejak Januari lalu.
Dakwa Sarah, pendedahan tersebut dilakulan selepas melihat Aliff teruk dikecam masyarakat susulan kontroversi ditangkap berkhalwat dengan pelakon, Ruhainies pada Mac lalu.
Bukan itu sahaja, dakwaan tersebut dikuatkan lagi apabila Sarah turut memuat naik video Aliff mencium pipinya sambil menyebut ‘I love you‘.
Sebelum itu, isterinya Bella Astillah mendakwa Aliff telah berlaku curang sebanyak 11 kali termasuk didakwa pernah menjalin hubungan cinta dengan adiknya, Eriqa Astillah. -HIBGLAM