Loket ‘ballerina’ jadi perdebatan, Amelia Henderson bengang

PELAKON Amelia Henderson mengakui berasa bengang dan aneh apabila netizen mempertikai loket seutas rantai yang dipakainya didakwa menyerupai bentuk salib baru-baru ini.

Amelia atau nama penuhnya Amelia Thripura Henderson, 28, berkata, isu loket rantai tersebut tidak sepatutnya dijadikan perdebatan ramai memandangkan banyak lagi perkara lain boleh dibincangkan netizen dalam media sosial.

Saya pun tak faham. Saya sebenarnya tak mahu membincangkan tentang isu ini tetapi saya sangat marah!

“Terdapat banyak perkara yang berlaku di dunia sekarang namun orang ramai beri perhatian kepada rantai? Tak malu ke? Jangan ganggu saya,” katanya dalam aplikasi X semalam.

Amelia yang juga pengacara memberi respons tersebut bagi membalas ciapan seorang netizen yang hairan mengapa dia dikecam hanya disebabkan sebentuk loket.

Kata individu terbabit, loket tersebut bukanlah bentuk salib seperti yang didakwa segelintir pihak sebaliknya merupakan imej ballerina (penari balet).

Difahamkan, dakwaan loket salib tersebut mula menjadi perdebatan ramai selepas bintang filem Pulau itu memuat naik video bersama kekasihnya yang juga pelakon, Aedy Ashraf baru-baru ini.

Ruangan komen video tersebut seterusnya dibanjiri dengan pertanyaan netizen yang mempersoalkan bentuk loket dipakainya. – HIBGLAM

@ameliath ur last two brain cells @Aedy Ashraf ♬ original sound – yes this is amelia ??

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok