Konsert Xdinary Heroes tanpa Jungsu

Berdepan masalah kesihatan, anggota kumpulan Xdinary Heroes, Jungsu terpaksa menarik diri daripada membuat persembahan dalam konsert di Bangkok, Thailand.

Perkara tersebut disahkan sendiri labelnya, JYP Entertainment yang pada masa sama meminta peminat mendoakan agar idola kesayangan mereka itu kembali pulih seperti sedia kala.

“Kami dengan tulus ikhlas memohon maaf kerana mengumumkan secara mengejut kepada Villains (kelab peminat) yang sentiasa menghargai dan menyokong Xdinary Heroes.

“Disebabkan faktor kesihatan, Jungsu tidak akan dapat menyertai anggota yang lain dalam konsert Xdinary Heroes World Tour di Bangkok kelak.

“Kami memohon pengertian semua peminat dan doakan agar Jungsu kembali sihat seperti biasa,” ujarnya menerusi satu kenyataan.

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok