TAMPIL bertongkat ketika merakam foto raya, pelakon Datin Intan Najuwa menjelaskan suaminya bukan mengikuti trend semasa, sebaliknya menanggung kesakitan akibat jatuh ketika menunggang kuda.
Ujar Intan atau nama lengkapnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 27, suami tercinta, Datuk Ahmad Azraf Azman tetap berdegil melakukan aktiviti tersebut meskipun menjelang Syawal namun berakhir dengan kecederaan.
Jangan tanya kenapa suami saya pakai tongkat. Dia baru lepas jatuh kuda.
“Ada masa dia okey, ada masa datang sakit dia. Saya pun pening.
Degil, seminggu sebelum raya pergi naik kuda,” katanya menerusi hantaran video dalam TikTok.
Seperti dijangka pelakon terbabit, semakan HibGlam menerusi ruangan komen hantaran tersebut mendapati rata-rata netizen menyangka suami Intan sengaja menggunakan tongkat kerana mahu mengikut trend.
Pun begitu, terdapat juga segelintir netizen yang berpendapat penampilan bertongkat sesuai dengan gaya Azraf yang berstatus Datuk.
Sakit rupanya, ingatkan ikut trend, sebab memang sesuai dengan penampilan Azraf, nampak macam orang berada,” komen netizen itu.
“Kalau pakai tongkat macam itu memang sesuai dengan suami Intan, dia pun status Datuk, memang ‘look’ orang ada duit,” demikian komen seorang lagi netizen.