Jangan petik-petik nama aku, mak aku marah.”
Demikian respons pelakon Haneesya Hanee sekali gus menafikan dirinya adalah wanita yang berada dalam bas bersama Aliff Aziz baru-baru ini.
Ujar Haneesya atau Sharifah Haneesya Sayed Sahlan, 24, dia tidak perlu bersusah payah untuk ke mana-mana dengan menaiki bas kerana mempunyai kenderaan sendiri.
“Sebelum nak tuduh fikir dahulu. Pastikan betul sebelum nak menuduh, nak menfitnah.
Aku dah ada kereta, selesa. Aku boleh baring, letak kaki dekat atas (dashboard), boleh dengar lagu. Buat apalah aku nak naik bas?” katanya dalam perkongsian di media sosial.
Menurut model itu, dia terkejut apabila namanya tiba-tiba dipetik sebagai wanita misteri terbaharu bersama aktor terbabit
Dia turut mengingatkan netizen agar tidak melemparkan tuduhan terhadap individu yang tiada kaitan langsung dengan konlik cinta pelbagai penjuru itu.
“Yang kedua, hanya disebabkan mereka berdua itu berkawan baik, janganlah kau cari aku.
“Aku aman damai saja bersama keluarga aku, tiba-tiba nama aku kena petik,” ujarnya.
Khabar angin itu mula timbul selepas tular gambar mirip Aliff bersama seorang wanita yang dikatakan menyerupai Haneesya dalam media sosial.
Perkongsian dilakukan Sarah sewaktu bersiaran langsung menerusi TikTok mengundang pelbagai reaksi apabila ada netizen mendakwa wanita misteri itu sebagai Haneesya.
Dakwa Sarah, dia mengenali wanita yang duduk bersebelahan dengan Aliff namun enggan mendedahkan namanya. – HIBGLAM