PENERBIT dan pengarah Erma Fatima menyeru pelakon sensasi Aliff Aziz tampil menghentikan kontroversi yang dicetuskan kekasih gelapnya, Sarah Yasmine ketika ini.
Menurut Erma, Aliff atau nama penuhnya Mohammad Aliff Aziz, 33, tidak seharusnya menyepikan diri selepas melakukan pelbagai onar dengan beberapa selebriti wanita sebelum ini seperti Ruhainies dan Sophia Albarakbah.
Dia turut menyarankan Aliff membuat laporan polis terhadap Sarah bagi memastikan ‘kenduri selak kain’ artis Malaysia tidak berlarutan.
“Aku juga minta Aliff, jadi gentleman (lelaki sejati). Jangan duduk dan senyapkan diri selepas lakukan semua ini.
Kau lapor polis dan ada hak untuk hentikan wanita itu. Kenapa kau hilang? Kau berak sana sini kemudian hilang. Kau berak dalam negara aku pula.
“Tak perlu cerita isu gam, banned dan sebagainya, selesaikan isu ini sekarang dan dia (Sarah) berambus,” katanya kepada HibGlam selepas tayangan episod akhir drama Lelaki Itu di ibu kota, semalam.
Meskipun berang dengan kontroversi yang memburukkan imej dunia hiburan tanah air, Erma bagaimanapun tidak melabel pelantun lagu Sayang Sayang itu sebagai perosak industri seni tempatan.
Malah, dia juga menyifatkan perangai ‘playboy’ yang ada pada Aliff adalah perkara normal namun menjadi buruk selepas kemunculan Sarah mendedahkan pelbagai perkara tidak sepatutnya termasuk mengheret beberapa nama lain seperti Meerqeen, Anna Jobling, Emma Maembong dan Chacha Maembong.
“Saya tak sifatkan Alif sebagai perosak industri Malaysia tetapi saya cerita tentang perempuan itu.
Playboy sebenarnya ramai, bukan Aliff seorang cuma tiada orang macam Sarah yang mahu dedahkan semua.
“Saya bukan nak halalkan apa yang Aliff lakukan tetapi itu sebenarnya perkara biasa.
Seseorang perlu hentikan dia. Kalau semua orang diam, tiada perubahan yang akan berlaku,” ujarnya.
Terdahulu, Sarah menggegarkan industri seni negara apabila memuat naik puluhan tangkap layar perbualan WhatsApp Ruhainies dan Aliff sekali gus mendedahkan konspirasi menjatuhkan Bella serta hubungan romantis mereka.
Bukan sahaja Ruhainies, Sarah turut mengheret nama Sophia dalam pendedahannya dengan mendakwa Sophia masih berhubung dengan Aliff pada Mac lalu. – HIBGLAM
View this post on Instagram