HARI bahagia buat pasangan pelakon romantik, Intan Ladyana dan Harris Alif apabila zuriat kedua mereka selamat dilahirkan di sebuah pusat perubatan di ibu kota.
Pemilik nama lengkap Intan Nurladyana Mohamat Yahaya, 42, selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.06 kilogram (kg) secara normal.
Berita gembira tersebut dikongsi suaminya, Harris Alif dalam laman Instagramnya.
Alhamdulillah, Harris junior selamat dilahirkan.
“Sekejap lagi kita tengok adik ya,” ujarnya kepada anak pertama.
Menerusi hantaran yang dimuat naik, Harris bersama anak pertamanya, Evie Khadeeja sempat melakukan panggilan video selepas Intan bersalin.
Dalam pada itu, Harris memberitahu, dia tidak dapat menemani Intan kerana harus menjaga cahaya mata pertamanya.
Harris minta kalian doakan semua yang terbaik buat Intan ya. Saya tak boleh teman Intan sebab kena jaga Evie. Namun, ibu saya ada di sana teman dia.
“Intan masuk hospital pagi tadi kerana alami kontraksi sekitar pukul 11 pagi. Syukur semuanya berjalan lancar,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Intan dan Harris mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2021 dan jurang usia antara mereka iaitu 17 tahun menjadi perbualan ramai.
Hasil perkhawinan mereka memiliki seorang anak perempuan iaitu Evie yang dilahirkan pada 31 Januari 2022. – HIBGLAM