[VIDEO] Ingat saya suka ke naik turun mahkamah! – Bella Astillah

SAYA sudah terlalu penat dan memang tak sangka dengan keputusan hari ini.”

Itu respons penyanyi dan pelakon Bella Astillah yang tidak menyangka suaminya, Aliff Aziz enggan melafazkan cerai terhadapnya hari ini.

Ujar Bella atau nama lengkapnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, dia sudah penat menempuh kemelut rumah tangga yang tidak berkesudahan.

“Saya sudah penat. Selebihnya saya tidak mahu komen sebab dah banyak jawab semalam.

Saya tak sangka, ingatkan semuanya akan selesai hari ini. Siapa tak sayangkan rumah tangga, tiada siapa yang berkahwin nak bercerai,” katanya kepada HibGlam di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur hari ini.

Tambah Bella, perceraian adalah perkara paling ditakutinya namun nekad berbuat demikian kerana sudah tidak sanggup lagi hidup dengan Aliff.

“Ini kali kedua saya datang mahkamah, ingat saya suka ke naik turun mahkamah?

Perceraian perkara yang paling saya takut sebab itu saya bertahan bertahun-tahun lamanya.

“Tetapi saya rasa sudah cukup untuk saya pertahankan semua ini,” katanya lagi.

Hari ini, mahkamah menetapkan 4 Jun depan sebagai tarikh bagi laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) selepas Aliff enggan menceraikan Bella hari ini atas alasan masih menyayanginya.

Pada 13 Mac lalu, Bella telah memfailkan perceraian terhadap Aliff secara ekspres namun penyanyi itu tidak muncul pada hari perbicaraan.

Bella dan Aliff yang berkahwin pada 9 September 2016 dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean, 6, dan Ara Adreanna, 3.

Pasangan itu pernah mengambil keputusan untuk bercerai pada 16 Mei 2019 selepas Aliff beberapa kali ‘kantoi’ berlaku curang namun kembali rujuk dalam tempoh iddah.

Pada 9  Mac lalu, rumah tangga Bella dan Aliff sekali lagi menjadi topik hangat apabila suaminya itu didakwa terbabit dalam kes khalwat bersama pelakon, Ruhanies, 32, di sebuah kondominium mewah di ibu negara.

Malam tadi, Bella mengakui kesilapannya bermain cinta dengan pelakon baharu Muaz Zabir semata -mata mahu mencetuskan perasaan cemburu suaminya yang ketika itu menjalin hubungan dengan dua wanita.

Bella turut mendedahkan, Aliff pernah berselingkuh dengan adiknya, Erika Astillah sehingga memutuskan tali persaudaraan mereka berdua. – HIBGLAM

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HIBGLAM (@hibglam.com.my)

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok