[VIDEO] Enggan bercerai, Aliff nak selamatkan rumah tangga

“PERCERAIAN tidak boleh dilakukan secara terburu-buru.”

Demikian kata penyanyi Aliff Aziz yang mengakui masih sayangkan Bella Astillah dan akan menggunakan segala ruang serta peluang bagi menyelamatkan rumah tangga mereka.

Menurut Aliff, 33, perceraian tidak boleh dilakukan dalam keadaan tergesa-gesa dan tidak seharusnya dipengaruhi pihak lain.

Beberapa minggu sebelum ini, semuanya bercampur baur untuk saya dan pihak lain yang terlibat.

“Saya akan gunakan semua ruang dan peluang untuk menyelamatkan rumah tangga serta anak-anak saya.

Saya akui lakukan kesilapan dan Bella turut buat kesalahan tetapi pada akhirnya ini bukan satu keputusan yang boleh dilakukan secara terburu-buru atau tanpa memikirkan pandangan lain dalam segala hal,” katanya kepada HibGlam di perkarangan Mahkamah Syariah Kuala Lumpur hari ini.

Dalam masa sama, dia memohon doa daripada semua pihak agar pergolakan rumah tangganya berakhir dengan baik.

Ditanya mengenai pendedahan isterinya semalam bahawa dia pernah menyuarakan hasrat mahu bercerai sebelum ini, Aliff meminta diberi ruang agar semuanya dapat diselesaikan secara baik.

“Saya minta sokongan daripada semua pihak cuma dalam rumah tangga, dia tidak sepatutnya ada pengaruh daripada luar.

“Untuk saya, harap semua pihak beri ruang agar prosedur perceraian ini berjalan mengikut apa yang sudah diatur pihak mahkamah.

“Terima kasih kepada pihak mahkamah kerana beri ruang agar prosedur ini berjalan ikut yang sepatutnya,” ujarnya.

Tambahnya lagi, dia akan melalui segala dugaan berkaitan kemelut rumah tangganya ketika ini.

Macam saya yang katakan tadi, saya akan harungi setiap halangan mendatang.

“Buat masa sekarang saya mohon doa yang baik-baik daripada semua pihak,” katanya lagi.

Hari ini, Aliff membuat kejutan apabila enggan melafazkan cerai terhadap isterinya di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur sedangkan perkara tersebut sudah dipersetujui sejak awal tuntuan dibuat.

Pada 13 Mac lalu, Bella telah memfailkan perceraian terhadap Aliff secara ekspres namun penyanyi itu tidak muncul pada hari perbicaraan.

Bella dan Aliff  yang berkahwin pada 9 September 2016 dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean, 6, dan Ara Adreanna, 3.

Pasangan itu pernah mengambil keputusan untuk bercerai pada 16 Mei 2019 selepas Aliff beberapa kali ‘kantoi’ berlaku curang namun kembali rujuk dalam tempoh iddah.

Terdahulu, rumah tangga Bella dan Aliff sekali lagi menjadi topik hangat apabila juara Gegar Vaganza musim kelapan itu ditangkap berkhalwat dengan pelakon Ruhanies, 32, di sebuah kondominium mewah di ibu negara pada 9 Mac lalu.

Manakala Bella mengakui bermain cinta dengan pelakon baharu, Muaz Zabir pada tahun lalu kerana mahu mencetuskan cemburu Aliff yang ketika itu berselingkuh dengan dua wanita. – HIBGLAM

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HIBGLAM (@hibglam.com.my)

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok