340
SETIAP hari dihambur caci maki netizen, hubungan pelakon Lee Jae-wook dan anggota kumpulan Aespa, Karina akhirnya retak di tengah jalan hanya selepas lima minggu mengumumkan hangat dilamun cinta.
Berita tersebut disahkan pengurusan kedua-dua selebriti terkenal itu yang memaklumkan keputusan tersebut diputuskan tanpa desakan masa-mana pihak.
Jae-Wook memilih berpisah kerana mahu memberi tumpuan terhadap projek akan datang.
“Mereka akan kekal sebagai kawan dan menyokong antara satu sama lain,” katanya.
Bagaimanapun ada peminat membuat andaian perpisahan tersebut berlaku disebabkan komen jahat netizen yang tidak senang melihat kebahagian mereka Jae-woo dan Karina. – HIBGLAM