HEBAT! Pelakon jelita Fasha Sandha mempunyai 45 pasang baju raya untuk digayakan sepanjang Syawal ini.
Kata Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 40, kebanyakan busana tersebut merupakan pemberian beberapa jenama pakaian kepada dirinya dan keluarga.
Raya tahun ini saya ada 45 pasang baju termasuk suami dan anak-anak tetapi bukanlah saya beli semua itu.
“Ada beberapa jenama yang hadiahkan, saya beli tiga pasang sahaja.
Satu hari mungkin saya akan pakai dua pasang baju untuk beraya di Rembau, Negeri sembilan dan Perlis,” katanya kepada HIBGLAM.
Menurut Fasha, hadiah istimewa itu mengingatkannya kenangan semasa bergelar ibu tunggal.
“Momen ini mengingatkan saya ketika menjadi menjadi ibu tunggal dahulu. Ketika itu saya dapat berpuluh-puluh pasang baju percuma.
“Kebanyakannya daripada kawan-kawan termasuklah Fazura. Dia mesti bagi berbelas baju.
“Tahun ini walaupun sudah lima tahun menjadi isteri, orang tetap bagi baju. Alhamdulillah, murah rezeki,” ujarnya lagi. – HIBGLAM
View this post on Instagram