[VIDEO] Kongsi kisah Dekta datang bulan, Shuib dikecam netizen

GARA-GARA terlalu terbuka berkongsi tentang puteri tunggalnya, Dzahira Talita Zahra atau Dekta sudah datang bulan, pelakon dan usahawan Shuib teruk dikecam nitizen.

Sebilangan besar netizen menasihatkan bapa kepada empat cahaya mata itu agar menyimpan perkara peribadi termasuk hal datang bulan anak gadisnya.

Malah rata-rata membandingkan keterbukaannya membangkitkan kisah seumpama itu secara terbuka dengan masyarakat era lalu yang seboleh-bolehnya cuba berahsia.

Dulu orang senyap-senyap, sekarang canang merata ceruk. Hilang sifat malu,” tulis seorang pemilik akaun Instagram.

“Simpan hal ini dalam keluarga sendiri okey kot. Tak perlu bagi tahu seluruh dunia. Kesian anak kalau ada yang usik di kemudian hari,” kata netizen lain.

Kalau Dekta besar nanti, dia tengok video ini diulang siar (repost) orang lain, apa perasaan Dekta,” ujar seorang pengikut.

Terdahulu, pemilik nama sebenar Shahmira Muhammad, 40, memuat naik video yang menunjukkan dia menitiskan air mata apabila anak perempuan tunggalnya iaitu Dzahira Talita Zahra atau Dekta memaklumkan sudah datang haid.

Shuib dilihat memeluk Dekta sambil mengatakan puterinya itu sudah memasuki alam dewasa dan bakal mengenang peristiwa tersebut buat selama-lamanya.

Dalam hantaran sama, dia turut mendoakan permata hati yang sudah menginjak usia 11 tahun itu menjadi wanita solehah dan hebat dunia akhirat.

Begitupun, masih ramai peminat yang berkongsi rasa terharu dengan transisi dilalui keluarga tersebut serta mendoakan kesejahteraan gadis kecil terbabit serta adik-beradiknya.

Selain Talita, rumah tangga Shuib dengan Allahyarham Siti Sarah Raisuddin diserikan tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 13, Ariq Matin, 9 dan Ayash Affan, 3 tahun.

Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia selepas bertarung nyawa akibat jangkitan Covid-19 pada 9 Ogos 2021. – HIBGLAM

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok