Pyramid Game, kegilaan sekolah ‘gila’ populariti

DRAMA bersiri dari Korea Selatan ini mengisahkan Sung Soo-ji lakonan Kim Ji-yeon yang dipindahkan ke ‘Baekyeon Girls’ High School’ di Seoul. 

Pengalaman hari pertamanya di sekolah berkenaan sangat aneh apabila dia dan beberapa rakan kelasnya diarahkan mengambil bahagian dalam suatu permainan undian yang dikenali sebagai Pyramid Game. 

Permainan tersebut merupakan undian populariti. Pelajar yang mendapat undian terendah akan diberi gred ‘F’ (gagal) dan menjadi sasaran buli.

Ikuti perjalanan Soo-ji yang menjadi mangsa buli seterusnya dan usahanya untuk lari daripada permainan menakutkan itu selain menamatkan Pyramid Game di sekolah tersebut.

Khas buat peminat drama Korea, Tonton, membawakan sebuah siri K-drama terbaharu, Pyramid Game yang diadaptasi daripada komik web popular karya Dalggonyak. 

Dibintangi oleh pelakon popular seperti Kim Ji-yeon, Jang Da-ah, Ryu Da-in, Shin Seul-ki dan Kang Na-eon, drama yang sudah bersiaran sejak 29 Februari lalu itu boleh ditonton menerusi tvN atau laman web Tonton. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok