BERKELAKUAN aneh dan seolah-olah berada dalam dunianya sendiri, pelakon Han So-hee didakwa ‘lalok’ ketika menghadiri sebuah pesta pada Minggu Fesyen Paris 2024, baru-baru ini.
Aktres berusia 30 tahun itu dilaporkan menunjukkan sikap liar seperti bukan kebiasaan dirinya sehingga menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan peminat.
Lebih teruk, dia yang berdiri berdekatan deejay kemudiannya dilihat tersentak dengan perubahan bunyi di dalam kelab tersebut selepas menanggalkan fon kepala.
So Hee dilihat hanya mampu ketawa selain tiba-tiba memandang ke arah siling seperti sedang khayal.
Ini bukanlah kali pertama aktres jelita itu berkelakuan aneh. Sebelum ini, dia turut menjadi perhatian apabila tiba-tiba menjerit meminta orang ramai supaya diam ketika berada di tempat kerja.
Ramai terkejut dengan sikap pelakon itu, namun pihak pengurusannya mempertahankan tindakannya artis di bawah naungan mereka terbabit.