Pengarah terkenal calon suami Kim Bo-ra

TIADA angin tiada ribut, pelakon Kim Bo-ra dikatakan bakal mendirikan rumah tangga dengan teman lelakinya yang juga pengarah drama terkenal, Jo Ba-reun.

Khabar gembira itu disahkan sendiri syarikat pengurusannya, Noon Company yang memberitahu pasangan sama cantik sama padan itu bakal disatukan sebagai suami isteri bulan Jun nanti.

“Benar pasangan ini bakal berkahwin pada Jun nanti,” kata wakil syarikat pengurusan berkenaan.

Pernikahan aktres berusia 28 tahun dan pasangan pilihannya itu bakal diadakan secara tertutup dan hanya akan dihadiri keluarga terdekat dan kenalan rapat.

Noon Company dalam kenyataan sama turut meminta peminat menyokong keputusan pasangan tersebut mendirikan rumah tangga serta mendoakan kebahagiaan mereka.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok