Jennie didakwa berlagak ‘diva’

MENUNJUKKAN reaksi geli dan tidak selesa menaiki kenderaan bukan berjenama mewah ketika menjayakan program realiti Apartment 404, anggota kumpulan Blackpink, Jennie teruk dikecam netizen selain disifatkan berlagak ‘diva’.

Mana tidaknya, menerusi beberapa video yang tular dalam media sosial, idola terkenal itu dilihat memegang tali pinggang keselamatan kereta tersebut dengan mimik muka tidak selesa. 

Selain Jennie, kereta tersebut dinaiki Yoo Jae Suk, Yang Se Chan dan seorang lagi ahli Apartment 404.

Begitupun, terdapat segelintir peminat Jennie tampil membela idola pujaan mereka itu dengan menyatakan bahawa penyanyi berusia 28 tahun terbabit bukan geli sebaliknya bimbang bahagian dadanya terdedah pada kamera berikutan tali pinggang keselamatan yang terselit.

“Dia tak mahu tali pinggang itu ada di tengah payudaranya. Kamera ada depan dia, nanti tular sekali lagi video nampak bahagian dada, kalian juga yang paling laju kecam,” demikian komen peminat tersebut. – HIBGLAM

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok