Jangan jadi macam saya – Datuk Red

SUAMI kepada pelakon Adira Suhaimi, Datuk Red enggan orang ramai khususnya lelaki menjadikan dirinya idola sebaliknya meminta agar kisah hidupnya dijadikan pengajaran.

Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu berkata, kehidupannya tidak lagi sama seperti dahulu bahkan pernah lupa diri apabila meraih kesenangan.

“Jangan jadikan saya idola tetapi sebagai contoh.

Ketika senang saya lupa diri dan apabila sudah jatuh begini, baru nak acah-acah sedih serta nak sedar,” katanya dalam sebuah video TikTok hari ini.

Dalam masa sama, dia yang juga ahli perniagaan menzahirkan rasa syukur apabila orang ramai menitipkan doa selepas tular kisah keperitan hidupnya semalam.

Lebih mengejutkannya apabila ada individu membayar makanannya di kedai makan.

“Saya ada melihat komen dalam TikTok, ramai mendoakan supaya saya bebas daripada permasalahan ini.

Saya tidak kenal dan tak pernah jumpa anda semua tetapi tetap doakan saya.

“Kemudian tadi, di kedai mamak ada pula seorang individu bayarkan untuk saya. Ramai rakyat Malaysia yang baik hati dan terima kasih untuk yang mendoakan saya,” jelasnya.

Dalam masa sama, dia turut menitipkan nasihat sekiranya hidup diuji sama seperti apa yang dilaluinya hari ini, terima seadanya dan muhasabah.

Jangan nak marah sebab itu fitrah kehidupan, kena terima sahaja yang penting kita salahkan diri sendiri,” ujarnya.

Semalam, Datuk Red mencuri perhatian ramai apabila memuat naik hantaran TikTok sedang mencari pekerjaan bagi menampung perbelanjaan anak-anak dan melunaskan hutang.

Bukan itu sahaja, dia turut mendedahkan Adira menanggungnya sejak lima tahun lalu.- HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok