Diana Danielle terlalu manjakan anak?

SETIAP ibu bapa pastinya mahukan yang terbaik buat anak-anak, terutama dari aspek keselamatan dan pembelajaran.

Macam pelakon Diana Danielle yang berasa tidak salah pun untuk manjakan anak-anak dengan keperluan sepatutnya kerana semua itu bagus untuk tumbesaran darah daging sendiri seperti mengupah pemandu peribadi dan membantu anak dalam menyiapkan kerja sekolah.

Itu bukan manjakan tetapi menjadi ibu bapa yang baik kerana ingin berikan terbaik kepada anak-anak,” katanya.

Bagi Diana, semua yang disediakan membantu anak-anak sedar bahawa mereka juga perlu bekerja keras untuk memilikinya satu hari nanti.

“Sekurang-kurangnya mereka tahu apa yang perlu dicapai untuk mendapat kehidupan lebih baik pada masa hadapan,” ujarnya.

Diana terpanggil bersuara mengenai perkara tersebut apabila ada individu yang meluahkan enggan membantu anaknya menyiapkan kerja sekolah agar faham makna kegagalan.

Diva suka dengan pendapat Diana, tidak semestinya kita pernah melalui kesusahan, anak-anak juga perlu merasai perkara sama. Harap jadi contoh terbaik pada ibu bapa lain ya.

DIVA: Betul ke Datuk Aliff Syukri takkan lancarkan lagu raya tahun ini? Naluri hati Diva kata, ada!

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok