MESKI anak mereka sudah bercerai, hubungan baik pengarah tersohor, Datuk Yusof Haslam dan isteri, Datin Patimah Ismail dengan ibu bapa menantu mereka, Puteri Sarah tetap akrab.
Bersempena Ramadan, dua keluarga terbabit tidak ketinggalan merapatkan ukhuwah dengan berbuka puasa bersama-sama di sebuah hotel.
Momen penuh bermakna dikongsikan isteri kepada pengasas Skop Production itu dalam media sosial.
Alhamdulillah silaturrahim kami teruskan demi cucu-cucu tercinta bersama besan yang kami hormati,” tulisnya dalam keterangan gambar.
Turut menyertai perhimpunan keluarga itu adalah menantu kesayangan mereka yang juga bekas isteri Syamsul Yusof, Puteri Sarah serta dua anaknya.
Bahkan dalam ruangan komen pemilik nama lengkap Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, turut
meluahkan kasih sayang kepada mentua yang sudah dianggap sebagai orang tua sendiri.
Sayang mama dan papa. Alhamdulillah contoh terbaik. Anak buat salah mak bapak tak sokong pun.
“Menantu yang baik akan terus disayangi. Bukti besan yang baik dan penuh kasih. Semoga dirahmati Allah selalu,” ujarnya.
Terdahulu, rumah tangga antara Puteri Sarah dan Syamsul yang dibina selama sembilan tahun berakhir pada Jun 2023 selepas beberapa bulan turun naik mahkamah.
Pasangan itu berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 7, dan Summayah, 5.
Sementara, Syamsul pula kini berbahagia dengan isteri baharu yang juga anak kepada pelakon Kazar Saisi iaitu Ira Kazar. – HIBGLAM