‘Dalam hati Adira, masih ada cinta untuk saya’

PERCAYA ada sinar dalam kegelapan, suami kepada penyanyi Adira Suhaimi iaitu Datuk Seri Adnan Abu yakin masih berpeluang menyelamatkan perkahwinan mereka daripada hancur di tengah jalan.

Ujar Adnan yang mesra disapa Datuk Red itu, dia percaya mempunyai masa untuk memujuk isterinya sebelum menjelang tarikh proses Hakam yang akan berlangsung pada 24 April depan.

Apa yang saya lihat pada Adira, dalam hatinya masih ada lagi cinta untuk saya. Tapi mungkin perwatakan kali ini berbeza sebab kadang-kadang perempuan ini dah lebih had, matang dan ada usaha sendiri, jadi dia nampak berdikari.

“Saya cuba juga untuk memujuk dia sebab ada masa lagi sehingga April. Insya-Allah dapatlah kami beraya bersama.

“Kami juga masih sebumbung, dia juga yang gosokkan baju saya datang ke mahkamah. Sebab itu saya rasa berpeluang lagi, anak-anak pun sangat rapat dengan saya. Kalau Adira sibuk, saya yang menguruskan anak-anak,” katanya kepada HibGlam.

Dalam pada itu, Adnan berkata dia masih menyayangi Adira dan menganggap ujian yang menimpa rumah tangganya sebagai balasan untuk dirinya.

Saya kenal dia, orang lain tak nampak. Adik-beradik pun tak kenal rapat dengan dia. Saya dah dengan dia lapan tahun, gila lah kalau saya tak sayang dia lagi.

“Macam saya cakap sebelum ini, bukan dugaan tapi balasan.

“ Kadang-kadang kita jadi suami, sebenarnya macam ibarat lilin tapi saya macam duri pula. Semuanya demi anak-anak saya buat,” ujarnya. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok