Bintang Korea Selatan berstatus ‘anak yatim’

IBU bapa ialah individu yang sangat penting dalam merencanakan kehidupan seseorang. 

Dalam apa jua keadaan, mereka tetap orang yang bertanggungjawab melahirkan dan membesarkan kita di muka dunia ini.

Namun, ada juga segelintir individu yang tidak dapat merasakan kasih sayang daripada orang tua mereka sedari kecil. 

Kali ini, Daebak  merangkumkan kisah artis yang kehilangan ibu bapa dan menjadi anak yatim piatu, namun itu tidak menghalang mereka mengecap kejayaan dalam bidang yang diceburi. 

Kevin Kreider 

KEVIN KREIDER

PELAKON Kevin Kreider dilahirkan di Korea Selatan dan ditinggalkan ibunya sejak kecil.

Dia dibesarkan ibu bapa angkat yang merupakan orang Amerika dan menjaganya dengan penuh kasih sayang. 

Apabila sudah dewasa, pelakon siri televisyen Bling Empire itu sedaya upaya mencari keluarga kandungnya tetapi gagal menemui mereka. 

Pengalaman tersebut membuatkannya lebih dekat dengan keluarga angkatnya yang banyak berjasa dalam mendidiknya sehingga berjaya. 

IU

IU

DISEBABKAN terlalu susah, penyanyi IU terpaksa berpisah dari ibu bapanya sewaktu kecil. 

Dia terpaksa tinggal bersama nenek, sepupu dan adik lelakinya selama setahun setengah di sebuah bilik studio.

Meskipun tinggal bersama nenek, IU terpaksa hidup dalam keadaan bersederhana termasuk tidak cukup makan dan pernah tinggal di bilik penuh lipas. 

Selepas itu, dia berpindah ke rumah saudaranya dan mengakui pernah berhadapan dengan penderaan lisan.

Hangyul 

HANGYUL

PENYANYI Hangyul mendedahkan ditinggalkan ketika baru lahir di rumah anak yatim sehingga berusia tujuh tahun. 

Dia sendiri tertanya-tanya mengapa ibu bapanya meninggalkannya, namun masih lagi berfikiran positif dan menganggap 

mereka mengalami kesempitan hidup. 

Hangyul memaklumkan, ibu angkatnya adalah seorang pekerja sosial dan dia sangat diterima baik dalam keluarga itu. 

Dibesarkan dengan penuh kasih sayang, Hangyul bekerja keras sehingga kini untuk membalas jasa ibu angkatnya. 

Jaejoong 

JAEJOONG

SEMASA penyanyi Jaejoong dilahirkan, dia tinggal bersama ibu bapanya di bandar kecil Gongju sebelum orang tuanya bercerai ketika dirinya berusia tiga tahun.

Sejak berpisah, kehidupan pemilik nama lengkap Kim Jae-joong bersama ibunya sangat sukar sehingga terpaksa menjual darah (menderma darah demi wang) bagi menyara hidup.

Apabila seorang kenalan ibunya berdepan kesempitan hidup, dia mengambil Jaejoong untuk membesarkannya dalam keluarga yang lebih senang.

Ada satu ketika, Jaejoong sendiri tidak mengetahui statusnya sebagai anak angkat. – HIBGLAM

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok