SELAGI tak berakhir, selagi itu kisah Bella Astillah dan Ruhainies akan terus hangat diperkatakan umum.
Terbaharu, nama Bella pula jadi sebutan apabila dicanang sudah ‘mencaras’ beberapa tawaran lakonan atau iklan yang sebelum ini dimiliki oleh Ruhainies.
Terkejut juga Diva dengar dakwaan tersebut, sebab tidak mungkinlah Bella sendiri yang lakukan. Mungkin pengiklan atau penerbit sendiri yang tawarkan pada Bella.
Kejam sungguh perangai kalau Bella sendiri yang minta tawaran tersebut tetapi itulah antara dakwaan yang sampai di telinga Diva.
Harapnya perkara tersebut hanya khabar angin yang tidak benar ya Bella. Semoga semua tawaran yang dimiliki adalah berkat usaha keras dan ketabahan Bella dalam menghadapi semua dugaan hidup.
DIVA: Ada yang kata impak Ruhainies terima tak seteruk artis wanita lain yang pernah ‘sondol’ suami orang.