Bebas diikat jamin, Aliff, Ruhainies bakal ke mahkamah

PASANGAN pelakon yang ditangkap atas dakwaan berkhalwat, Aliff Aziz dan Ruhainies sudah dibebaskan dengan jaminan.

Difahamkan, dua selebriti  yang ditahan menerusi satu serbuan di sebuah kondominum di ibu negara awal pagi Sabtu telah dibebaskan dengan jaminan, sementara menanti pendakwaan pada satu tarikh lain dijangka dalam tempoh terdekat.

Aliff dan Ruhainies juga bakal didakwa di Mahkamah Syariah dalam masa terdekat.

Mereka dilaporkan meninggalkan perkarangan pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sekitar pukul 2 petang tadi.

Terdahulu, adik kepada Bella Astillah iaitu Didi Astillah mengesahkan individu dicekup berkhalwat oleh Jawi pada awal pagi tadi adalah abang iparnya, Aliff Aziz.

Tangkapan yang dibuat Jawi difahamkan berdasarkan maklumat orang awam.

Menguatkan lagi spekulasi, kakak Ruhainies yang juga pelakon dilaporkan turut berada di lokasi serbuan awal pagi tadi.

Dalam perkembangan lain, pelakon yang sedang yang terlibat dalam pembikinan drama bertajuk Terjerat itu juga tidak hadir ke lokasi penggambaran seperti dijanjikan.

Sehingga kini, kedua-dua belah pihak masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung penangkapan tersebut. -KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok