GARA-GARA mengenakan yuran penyertaan meet and greet yang terlalu mahal, bekas anggota kumpulan NU’EST, Aron dilabel kebulur wang meskipun nama tidak sepopular idola K-pop lain.
Malah, caj RM3,500 yang dikenakan dianggap netizen sebagai tidak masuk akal apabila peserta akan berkongsi bilik dengan tiga lagi peminat selain perlu membawa kelengkapan aktiviti sendiri.
Justeru, penyanyi berusia 30 tahun itu dilihat cuba mengaut keuntungan daripada pengikut setianya.
Mengikut perancangan, acara yang diberi nama Oppa & Me itu membolehkan 300 peminat bercuti bersama Aron di sebuah pusat peranginan terkenal di Wonju, Gangwon-do selama tiga hari dua malam.
Aron difahamkan bakal meluangkan masa dengan peminat sambil melakukan pelbagai aktiviti seperti sesi bergambar, sukaneka, tayangan video dan banyak lagi.