Ailee kahwin ahli perniagaan tahun depan

TIADA angin tiada ribut, penyanyi Ailee dilaporkan bakal mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hatinya pada tahun hadapan.

Menurut sebuah laporan, kekasih penyanyi berusia 35 tahun itu khabarnya ahli perniagaan dan bukan daripada kalangan selebriti Korea Selatan.

Enggan berdolak-dalih, syarikat pengurusan Ailee, A2G Entertainment mengesahkan berita gembira tersebut dan meminta peminat mendoakan kebahagiaan pasangan itu.

Begitupun, pelantun lagu I Will Show You itu meminta khalayak menghormati privasinya dan berjanji akan memaklumkan tarikh hari bahagianya apabila sudah bersedia.

“Ailee dan bakal suami bertemu menerusi kenalan mereka.

Pasangan ini merancang mendirikan rumah tangga tahun depan.

“Apabila sudah bersedia, Ailee akan menyampaikan sendiri berita gembira ini kepada peminat,” kata wakil agensi tersebut. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok