TERKENAL menerusi watak berat dan air mata sejak kecil, Puteri Balqis mengakui karakter gadis ceria merupakan cabaran besar buat dirinya sebagai pelakon.
Pemilik nama penuh Puteri Balqis Azizi, 16, itu berkata, dia lebih cederung menghidupkan watak yang bermain dengan emosi.
Sebenarnya cabaran saya ialah apabila membawa watak-watak yang terlalu ceria.
“Saya lebih suka karakter yang berat seperti pembunuh bersiri atau psiko,” katanya dalam sebuah video tular dalam TikTok.
Dalam pada itu dia juga mengakui lebih tertarik memainkan watak yang memaparkan seseorang itu kuat dan tabah dalam menjalani kehidupan.
Saya suka watak yang kuat untuk keluarga, kisah cinta hancur atau karakter yang trauma. Saya suka begitu,” ujarnya
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memuji kemampuannya melakonkan karakter sedih sehingga mampu membuatkan penonton turut mengalirkan air mata.
Sejak kecil dia sudah banyak berlakon watak-watak menangis, pelik kalau dia jadi gadis periang.
“Dia suka watak yang berat, mungkin lebih dekat dengan jiwa. Banyak momen ‘berat’ pernah dilalui dalam hidup sebelum ini,” komen netizen.
Sebagai rekod, Puteri Balqis mencipta nama dengan karakter air mata sehingga melayakkan dirinya meraih trofi Pelakon Wanita Terbaik Drama Anugerah Skrin ke-18 pada usia tujuh tahun menerusi drama Balqis. – HIBGLAM