[VIDEO] Ainul Aishah hamil anak sulung

DOA pelakon Ainul Aishah untuk dikurniakan zuriat dimakbulkan Ilahi selepas tiga tahun tahun mendirikan rumah tangga.

Khabar gembira itu dikongsi Ainul atau nama penuhnya, Ainul Aishah Azizun, 39, baru-baru ini dalam Instagram miliknya bahkan mengakui teruja menikmati pengalaman cukup bermakna itu.

“Saya dan suami teruja untuk berkongsi khabar gembira yang baru sahaja diterima.

Saya sudah lama mahu menjadi seorang ibu tetapi tidak tahu sama ada mempunyai rezeki.

“Jadi, saya gembira dan bersyukur apabila mendapati saya hamil,” katanya dalam Instagram.

Dalam masa sama, pelakon drama Seribu Rindu itu memohon doa ramai agar dipermudahkan segala urusan sepanjang proses kehamilan.

“Saya percaya dengan rancangan Allah untuk saya dan suami. Kami teruja bakal menjadi ibu bapa dan tidak sabar bertemu anak sulung kami.

“Namun, buat masa sekarang harus tunggu dahulu. Semoga bayi kami dilahirkan dalam keadaan sihat dan selamat.

“Tolong doakan saya dan bayi dalam kandungan. Moga perjalanan kehamilan dan kelahiran kelak lancar,” ujarnya.

Ainul sah bergelar isteri kepada Khalid Redzuan pada 18 September 2022 selepas setahun bertunang. – HIBGLAM

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ainul Aishah (@ainulaishah)

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok