HEBOH seketika mengenai hubungan antara pelakon Sharnaaz Ahmad dengan bakat baharu, Amelia Christie yang didakwa sudah renggang.
Semuanya gara-gara tindakan kedua-dua selebriti itu yang tidak lagi mengikuti akaun Instagram masing-masing sehingga mengundang persoalan.
Namun, yang menjadi perhatian netizen apabila Sharnaaz menegaskan dia tidak pernah menjalin hubungan cinta dengan Amelia.
Sudah pasti kenyataan itu mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan segelintir peminat yang sebelum ini gembira melihat keakraban aktor itu dengan pelakon berbadan sasa tersebut.
Apatah lagi, Amelia juga akrab dengan anak tunggal Sharnaaz, Jebat Jayden selain pernah mengikut keluarga itu termasuk bekas isterinya, Noor Nabila bercuti.
Menerusi komen dalam media sosial, rata-rata beranggapan bahawa pelakon berusia 38 tahun itu tidak serius dalam perhubungan, sedangkan dia sudah membawa wanita itu berjalan ke mana-mana.
Mizz Lahar: Aktor beristeri jelita pernah ‘ditangkap’ terjun tingkap bilik seorang artis muda.