300
Mengikut jejak langkah rakan seperjuangan Jennie, anggota kumpulan Blackpink, Lisa mengambil keputusan untuk membuka agensi sendiri.
Agensi sulung yang dibuka Lisa itu diberi nama LLOUD dan ditubuhkan bagi menguruskan karier muziknya secara solo.
“Memperkenalkan LLOUD, platform untuk mempamerkan visi saya dalam muzik dan hiburan.
Sertai saya dalam perjalanan yang menarik ini untuk menempuh sempadan baharu bersama-sama.
“Boleh ikuti perkembangan muzik saya dalam Instagram LLOUD,” kongsinya menerusi hantaran dalam Instagram.
Bukti sokongan peminat yang tidak berbelah bagi, lebih sejuta peminat mengikuti akaun Instagram agensinya itu dalam tempoh 24 jam. – HIBGLAM