Lirik lagu perkauman, Hyolyn dikecam rasis

DIKECAM teruk selepas secara tidak sengaja menyanyikan lirik lagu yang bersifat perkauman, penyanyi Hyolyn terpaksa membuat permohonan maaf secara terbuka kepada khalayak. 

Ujar wanita berusia 34 tahun itu, dia menyedari perkara tersebut selepas mendapat banyak komen dan mesej langsung (DM) daripada peminat yang kecewa dengan kelakuannya itu.

“Saya menyanyi lagu yang dimainkan di latar belakang ketika siaran langsung dalam platform media sosial dan secara tidak sengaja mengeluarkan perkataan yang berbaur perkauman.

“Sumpah saya tidak perasan. Saya amat kesal dan sedih kerana telah menyakiti hati ramai peminat disebabkan kecuaian saya itu. Saya benar-benar minta maaf.

“Saya janji selepas ini akan lebih sensitif dan peka dengan perkara berunsur sedemikian. 

“Saya akan mendidik diri supaya memajukan diri bukan sahaja sebagai seorang artis, tetapi sebagai seorang individu yang cakna dalam perkara yang sepatutnya,” tulisnya menerusi satu hantaran dalam aplikasi X. – HIBGLAM

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok